ahlan wa sahlan wa marhaban

Sabtu, 30 Oktober 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH PUNSU 2010

~Ayuh kita merancang untuk anak-anak.Isikan mereka dengan pengisian agama.Jangan biarkan hidup mereka terumbang ambing dengan kekosongan jiwa.Tentukan matlamat hidup mereka.Kerana ibubapa lah yang mencorakan mereka...jika dirancang dengan baik maka selamatlah mereka dari gejala yang merosakkan.

~Pengisian agama: Al-Quran,Fardhu Ain,Sirah Nabawi dan lain-lain lagi.Al-Quran menghafal,tajwid dan terjemahan,dapat menghidupkan jiwa,kuatkan aqal,selamatkan diri dari kesesatan.

~Fardhu Ain:memandu seseorang kejalan ilmu yang benar dan selamat.Dapat membezakan perkara-perkara yang halal dan haram,sah ataupun batal,diterima ataupun tertolak.

~Sirah Nabawi:Persediaan hidup yang di bawa oleh Nabi.Panduan-panduan yang jelas tanpa kesamaran.Perjalanan peribadi yang mulia yang dapat dicontohi dari segenap lapisan masyarakat.Mereka yang ikut akan selamat,mereka yang tinggalkan akan berada dalam kegelapan.

PROGRAM YANG DISEDIAKAN:
1- Program Cuti Persekolahan:
Iqra' ~ Tahfiz ~ Bahasa Arab
Kelas Isnin hingga Jumaat
Bermula 22 nov hingga 24 dis 2010
Pendaftaran di buka sekarang
Hubungi: Pusat Pengajian Al Quran & As Sunnah
Masjid Daerah Teluk Intan
Tel: 056231821 / 0125198221

2- Motivasi "kem di bawah naungan al quran"
Bermula 21 nov hingga 4 dis 2010
Asrama disediakan oleh penganjur.
Pendaftaran di buka sekarang.Tempat Terhad.
Hubungi:Maahad Tahfiz Al Furqan
0194716536-Us Hj Fauzi / 0122633808-Us Hj Zainal