ahlan wa sahlan wa marhaban

Jumaat, 9 April 2010

DIPERJALANANKU



Pusat Pengajian Al Quran & As Sunnah(Punsu):
-Ditubuhkan pada Disember 1998 di Teluk Intan.Bermula dengan kelas pengajian Al Quran dan Bahasa Arab untuk golongan dewasa seramai 50 orang pelajar.Jadual harian sesi petang untuk kelas Al Quran dewasa wanita,selepas maghrib kelas Al Quran dewasa lelaki dan selepas isyak kelas dewasa Bahasa Arab.

-Pada tahun 2000 mula mengambil pelajar kanak-kanak.Diikuti dengan kelas Motivasi pelajar di Musim Cuti Persekolahan.Keadaan ini sungguh menggalakkaan dengan penyertaan pelajar seramai 50 orang.Dan, ianya berterusan sehingga disetiap cuti persekolahan pelajar meningkat ke 300 orang.

-Pada tahun 2001,Punsu telah memulakan Kursus Pra Perkahwinan dengan permit dari Jabatan Agama Islam Perak.Ianya berjalan pada setiap bulan pada minggu ke-3 sabtu dan ahad.Kursus ini adalah untuk lelaki dan wanita yang bersedia untuk berumahtangga.

-Pada tahun 2002-2003,Punsu telah membuka cawangannya di Tapah dan Tanjong Malim.Modul di Teluk Intan diguna pakai.Perkembangan ini juga mengajak Punsu untuk masuk ke taman-taman perumahan sekitar Teluk Intan antaranya Taman Melor,Taman Intan Mas,Taman Desa Bakti,Hospital Daerah dan Kg. Terengganu.Sambutan sungguh menggalakkan hinggakan Punsu mampu mengadakan sukan dan ihtifal yang mengumpul pelajar seramai 400 orang pelajar.

-Pada tahun 2004 di atas usahasama dengan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak,Punsu telah memulakan kelas Diploma Tafaquh Fiddeen.Modul yang diambil dan dipersetujui oleh PUM sendiri.Tenaga pengajar kebanyakannya dari Ipoh.Pada tahun ini juga Punsu telah memulakan pengajian Diploma Syariah Islamiah usahasama dengan MADIWA Bagan Serai.

-Pada tahun 2005,Punsu mula membuka program-program motivasi golongan dewasa dengan syarikat-syarikat luar seperti Al Huffaz,Al Islah dan Al amin.

-Pada tahun 2006-2010,Punsu telah mengemaskinikan semua program-programnya agar ianya berjalan dengan lancar dan mendapat keredhoan Allah taala.

-Punsu merakamkan jutaan terimakasih ke atas ustaz Darwis,ustaz Mohammad Radzi Salleh,ustaz Zainal Salleh,ustaz Azmi Murad,ustaz Shahril Salleh,ustaz Abdul Fatah Awang,ustaz Nazri,ustaz Zainal Azham Wahab,ustaz Fauzi Ghazali dan ramai lagi dikalangan mereka yang membantu dalam memajukan Punsu.Semoga Allah sentiasa merahmati kalian di atas keikhlasan yang tak terhingga besarnya.
-Sekalung Fatihah untuk ustaz Mohammad Radzi Salleh yang telah kembali kerahmatullah.Semoga Allah tempatkan di dalam kalangan para solihin.Aamiiin.

Abu Ubaidah Annadwi
9 april 2010

Khamis, 8 April 2010

MUSAFIR LALU

-Wan Azli b Wan Chik (Abu Ubaidah Annadwi) dilahirkan pada 11.4.1967 di Teluk Intan,Perak
Isteri:Ruhil Hayati bt M. Busra , Anak:Wan khadijah,Wan Md Ubaidah dan Wan Saudah

- Pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah Horley Mehodist Teluk Intan.Awal yang tidak menentu tetapi bersyukur kerana diberikan pendidikan dan mengenal erti pembelajaran.Dunia dan sekitarnya dapat difahami serta dipelajari.Rakan-rakan masjid Abg haji Zainal Azham,Fauzi,Tahrin,Kana.Hisham,Ariff,Azhar,Baharin,Roslan,Mazlan yang banyak membantu untuk sama-sama mendapat hidayah dijalan yang berfaedah dan barakah ini.

- Latihan jiwa mengenal pencipta.Gerak jiwa yang kosong perlu diisikan mengenal matlamat kejadian untuk kejayaan dunia akhirat.Rakan-rakan yang membimbing cikgu Zubir Ramli,cikgu Ghulam,cikgu Zakaria dan sahabat yang hebat-hebat.
- Langkah bermula dengan mencari guru-guru yang mursyid.Terpahatlah nama-nama yang besar Ustaz Abdullah Marzuki,Ustaz Hj Yahya Zikri ,Ustaz Mohamad Ali Noh dan Ustaz Sidek Nor.Mengambil peluang diusia remaja ke Kuliah-kuliah umum dan ke Al Ansar Batang Berjuntai,Selangor.
- Masjid Daerah Teluk Intan yang baru menjadi tempat tinggal dan menimba ilmu.Guruku ustaz Mohammad Ali dan Tuan Kadi Abdul Aziz yang banyak membimbing dan mendidik kepada perluasan ilmu agama.Selama dua tahun aku menetap di Masjid Daerah ini yang menjadikan ianya rumah keduaku.

- Tindakan awal di tahun 1987-1988 ke Madrasah Al Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh.Aku ziarah dan memohon izin dari Tuan guru Hj Hashim selaku Tuan Guru dan Penaung Pondok Pasir Tumbuh untuk belajar dan menuntut ilmu di sini.Aku mula masuk kelas-kelas umumi,menadah kitab dengan ustaz Atiqullah,ustaz Hj Rahim,ustaz Bakar,ustaz Halim,ustaz Sobri dan beberapa orang ustaz yang lain.

- Aku sangat suka belajar secara 'talaqi',aku telah memilih guru-guru yang boleh membantu aku untuk belajar secara ini.Di antara guru-guruku ustaz Yusuf Johan,ustaz Man Melaka,ustaz Nan Patani,ustaz Halim Kedah dan ustaz Yusuf Selayang.

- Aku juga turut dibantu oleh teman sepondokku Surur Shihabbuddin Hasan.Banyak perbincangan yang di buat bagi mempercepatkan kaedah mendalami dan membongkar rahsia-rahsia ilmu.Aku mula menghafal dan menumpukan pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh.

- Melangkah ke luar negara diakhir 1988, aku bersama Surur,Jailani dan Junaid di bantu oleh ustaz Abdul Qadir telah membantu mendapatkan visa belajar di India.Aku bertekad untuk pergi lebih jauh untuk berada di bumi yang sangat asing budaya dan resamnya tetapi mutiara ilmu yang cukup banyak di situ.

- Aku mula menjejak kaki di bumi India dan di bawa ke Lucknow oleh ustaz Nasri.Aku diperkenalkan dengan pelajar senior di Darul Uloom Nadwatul Ulama .Aku mula memilih jurusan samada masuk Tahfiz atau Kuliah Syariah.Akhirnya di atas tinjauan dan nasihat serta kemampuan yang ada aku telah memilih untuk masuk kuliah syariah,ujian kemasukan pun aku lulus dan dimasukan ke Khususi Thani.

- Aku mempunyai guru pembimbing yang cukup ikhlas untuk mendidik aku.Di antara mereka adalah ustaz Khalid Isa,ustaz Mohd Soleh, ustaz Razmi Musa dan ustaz Harun.Guru aku yang membantu mendalami Bahasa Arab adalah seoarang yang berasal dari Sri Lanka iaitu mulvi Salim.

- Aku mempunyai rakan-rakan dari Indonesia,Thailand,Burma,Jazair,Abu Dhobi dan banyak lagi.Di sinilah aku mula belajar budaya kehidupan bangsa-bangsa yang lain dan menampakkan ukhuwwah islamiah yang sebenar.
- Aku mengambil peluang dengan mendekati ulama-ulama besar di India.Aku menghampiri Maulana Syeikh Abul Hassan Ali Annadwi,Syeikh Robi',Syeikh Salman Al Hassani ,Maulana Saakban,Maulana Said Azhomi,Syeikh Mahbuburahman dan sempat menziarahi Syeikh Muhaddis Yunus Saharanpuri serta Syeikh Talha Saharanpuri.

- Kehebatan ulama di India sangat aku kagumi dengan keilmuan dan kezuhudan serta amalan harian mereka.Mereka adalah mutiara yang bergemelapan di dalam dunia yang gelap.Kelipan mereka membawa sinaran kepada alam ini.

- Sahabatku di Lucknow Zubir Zakaria,Abdul Ghani Fatani,Amin Fatani,Lokman Sarun,Razali dan Abdul Ghafor serta lain-lain.Sahabatku di Deoband Surur,Jailani,Zaharuddin,Zahiruddin
,Roslan,Hishamuddin,Wan Nazarudin,Nik Abduh Nik Aziz dan lainnya.Kamu semua adalah sahabat yang baik aku sayang kepada kamu semua.

- Pada akhir tahun 1994 aku telah berjaya menghabiskan pengajianku dan telah mengambil peluang untuk duduk bersama syeikh yang aku cintai Syeikh Maulana Abul Hassan Ali dan Syeikh Salman Al hasani. Sebelah petang aku duduk menghadap Maulana Abu Hassan dan selepas maghrib aku dan beberapa pelajar senior India ke rumah Syeikh Salman dan duduk bersamanya di dalam perpustakaan khas beliau.Aku sering meminta nasihat dari kedua-dua mereka kerana inilah peluang untuk aku bersama mereka sebelum pulang ke tanahair.
-Aku kembali ke tanahair dan berada bersama keluarga tersayang.Aku perlu membuat persediaan untuk diriku dan berada dalam masyarakat yang mengharapkan tunjuk ajar agama.Tambahan pula kampongku adalah kampong yang penuh dengan seribu permasaalahan.
-Aku diminta oleh keluarga berjumpa dengan Ust Abdullah Marzuki dikeranakan sesuatu hajat darinya.Dia membawaku ke Temoh dan ke tempat beliau mengajar.Aku memerhatikan sahaja kaedah dan cara beliau mengajar.Dia adalah guruku dan aku perlu mendampingi beliau untuk mendapatkan barokahnya.
-Aku juga sempat mendapat jemputan dari Ust Khalid Isa ketika itu bertugas di sekolah Agama Izzuddin Shah.Aku dikenalkan dengan pengetua iaitu Ust Zamri Abd Karim.Aku terus ditawarkan mengajar di sekolah Agama Izzuddin.Aku telah menerimanya sebagai guru sandaran sekolah.Inilah pengalaman yang penuh bermakna dalam kehidupan.Aku pernah berkawan dengan pelajar-pelajar sekolah Izzuddin walaupun aku tak pernah belajar di situ tapi ketentuan dari Allah dan kini aku di pilih pula mengajar di situ.Kawanku Surur,Hamid,Roslan,Awi dan Muntaha Salleh semuanya bekas pelajar Izzuddin yang hebat belaka.

*bersambung lagi







BERMULA DI SINI

Bismillah,Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam.Pejuang-pejuang di jalan Allah dan Para Syuhadak dan mereka yang hidup untuk Islam dan mati untuk Islam.

Ya Allah bukakanlah hati ini untuk beramal dalam islam,hidup untuk Islam dan mati dalam iman.Bukakanlah jalan ilmu dan hikmah agar berada dilandasan yang betul dijalan siratol mustaqim.

Ya Allah sucikan hati ini dengan sifat mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah.Peliharakanlah dari hasutan syaitan dan iblis serta kuncu-kuncunya.

Ya Allah ikatkan diri ini dengan golongan orang-orang yang soleh dan sinari diri ini dengan pancaran ketakwaan.

Ya Allah berikan ke atas kami kebaikan di dunia mahu pun kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari seksaan api neraka Mu.

Aamiiin!!!