ahlan wa sahlan wa marhaban

Jumaat, 9 April 2010

DIPERJALANANKU



Pusat Pengajian Al Quran & As Sunnah(Punsu):
-Ditubuhkan pada Disember 1998 di Teluk Intan.Bermula dengan kelas pengajian Al Quran dan Bahasa Arab untuk golongan dewasa seramai 50 orang pelajar.Jadual harian sesi petang untuk kelas Al Quran dewasa wanita,selepas maghrib kelas Al Quran dewasa lelaki dan selepas isyak kelas dewasa Bahasa Arab.

-Pada tahun 2000 mula mengambil pelajar kanak-kanak.Diikuti dengan kelas Motivasi pelajar di Musim Cuti Persekolahan.Keadaan ini sungguh menggalakkaan dengan penyertaan pelajar seramai 50 orang.Dan, ianya berterusan sehingga disetiap cuti persekolahan pelajar meningkat ke 300 orang.

-Pada tahun 2001,Punsu telah memulakan Kursus Pra Perkahwinan dengan permit dari Jabatan Agama Islam Perak.Ianya berjalan pada setiap bulan pada minggu ke-3 sabtu dan ahad.Kursus ini adalah untuk lelaki dan wanita yang bersedia untuk berumahtangga.

-Pada tahun 2002-2003,Punsu telah membuka cawangannya di Tapah dan Tanjong Malim.Modul di Teluk Intan diguna pakai.Perkembangan ini juga mengajak Punsu untuk masuk ke taman-taman perumahan sekitar Teluk Intan antaranya Taman Melor,Taman Intan Mas,Taman Desa Bakti,Hospital Daerah dan Kg. Terengganu.Sambutan sungguh menggalakkan hinggakan Punsu mampu mengadakan sukan dan ihtifal yang mengumpul pelajar seramai 400 orang pelajar.

-Pada tahun 2004 di atas usahasama dengan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak,Punsu telah memulakan kelas Diploma Tafaquh Fiddeen.Modul yang diambil dan dipersetujui oleh PUM sendiri.Tenaga pengajar kebanyakannya dari Ipoh.Pada tahun ini juga Punsu telah memulakan pengajian Diploma Syariah Islamiah usahasama dengan MADIWA Bagan Serai.

-Pada tahun 2005,Punsu mula membuka program-program motivasi golongan dewasa dengan syarikat-syarikat luar seperti Al Huffaz,Al Islah dan Al amin.

-Pada tahun 2006-2010,Punsu telah mengemaskinikan semua program-programnya agar ianya berjalan dengan lancar dan mendapat keredhoan Allah taala.

-Punsu merakamkan jutaan terimakasih ke atas ustaz Darwis,ustaz Mohammad Radzi Salleh,ustaz Zainal Salleh,ustaz Azmi Murad,ustaz Shahril Salleh,ustaz Abdul Fatah Awang,ustaz Nazri,ustaz Zainal Azham Wahab,ustaz Fauzi Ghazali dan ramai lagi dikalangan mereka yang membantu dalam memajukan Punsu.Semoga Allah sentiasa merahmati kalian di atas keikhlasan yang tak terhingga besarnya.
-Sekalung Fatihah untuk ustaz Mohammad Radzi Salleh yang telah kembali kerahmatullah.Semoga Allah tempatkan di dalam kalangan para solihin.Aamiiin.

Abu Ubaidah Annadwi
9 april 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan