ahlan wa sahlan wa marhaban

Selasa, 18 Januari 2011

FLYER PUNSU TRAVEL 2011


logo baru punsu 2011



- Logo Pusat Pengajian Al-Quran & As-Sunnah(HQ) Masjid Daerah Teluk Intan.05-6231821


- Logo Cabang-cabang PUNSU:




- Logo Sar Al-Bayan Taman Melor & logo Maahad Tahfiz Al-Furqan (MATAF)Taman Desa Bakti

Perkhidmatan yang dijalankan:
- Kelas Tahfiz sepenuh masa Isnin hingga Jumaat.
- Kelas Tahfiz separuh masa Jumaat,Sabtu dan Ahad.
- Kem Motivasi Di Bawah Naungan Al-Quran siri 1,2 & 3.

Ahad, 14 November 2010

LAWATAN KE CHINA

- REHLAH IMANIAH KE BEIJING
*perjalanan untuk mengisi jiwa kapada kebesaran Allah..
*melihat negara bukan islam tetapi penghuninya ramai orang muslim.
*tamadun dan kekuatan yang di bena oleh bangsa yang berjaya.

Perjalanan: 12 dis hingga 17 dis 2010.
Pendaftaran masih di buka.Harga Pakej rm 2250.

Jumaat, 5 November 2010

PAKEJ UMRAH PUNSU 2011


PAKEJ-PAKEJ UMRAH YANG DITAWARKAN:

1)PENERBANGAN AIRLANKAN
-TARIKH 8MAC HINGGA 23MAC

-16HARI 14MALAM

- HARGA PAKEJ RM 4980

-HANYA 120 SEAT SAHAJA


2)PENERBANGAN MAS

-TARIKH 8APRIL HINGGA 19APRIL

-13HARI 11MALAM

-HARGA PAKEJ RM 5150

-HANYA 40 SEAT SAHAJA


3)PENERBANGAN ROYAL JORDANIAN

-LAWATAN KE JORDAN DAN SYRIA SERTA UMRAH

-TARIKH 1APRIL HINGGA 15APRIL

-15HARI 14MALAM

-HARGA PAKEJ RM6450

-HANYA 35 SEAT SAHAJA


4)PENERBANGAN ROYAL JORDANIAN

-LAWATAN JORDAN DAN UMRAH

-TARIKH 25MAY HINGGA 8JUN

-15 HARI 13MALAM

-HARGA PAKEJ RM5780

-HANYA 35 SEAT SAHAJA


5)PENERBANGAN AIRLANKAN

-TARIKH 28APRIL HINGGA 10JUN

- 13HARI 11MALAM

-HARGA PAKEJ RM5650

-HANYA 40SEAT SAHAJA


*BOOKING BOLEH DIBUAT SEKARANG DENGAN MENGHUBUNGI PUNSU TRAVEL.

TEL: 05-6231821 @ 012-5198221 - UST WAN AZLI

Sabtu, 30 Oktober 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH PUNSU 2010

~Ayuh kita merancang untuk anak-anak.Isikan mereka dengan pengisian agama.Jangan biarkan hidup mereka terumbang ambing dengan kekosongan jiwa.Tentukan matlamat hidup mereka.Kerana ibubapa lah yang mencorakan mereka...jika dirancang dengan baik maka selamatlah mereka dari gejala yang merosakkan.

~Pengisian agama: Al-Quran,Fardhu Ain,Sirah Nabawi dan lain-lain lagi.Al-Quran menghafal,tajwid dan terjemahan,dapat menghidupkan jiwa,kuatkan aqal,selamatkan diri dari kesesatan.

~Fardhu Ain:memandu seseorang kejalan ilmu yang benar dan selamat.Dapat membezakan perkara-perkara yang halal dan haram,sah ataupun batal,diterima ataupun tertolak.

~Sirah Nabawi:Persediaan hidup yang di bawa oleh Nabi.Panduan-panduan yang jelas tanpa kesamaran.Perjalanan peribadi yang mulia yang dapat dicontohi dari segenap lapisan masyarakat.Mereka yang ikut akan selamat,mereka yang tinggalkan akan berada dalam kegelapan.

PROGRAM YANG DISEDIAKAN:
1- Program Cuti Persekolahan:
Iqra' ~ Tahfiz ~ Bahasa Arab
Kelas Isnin hingga Jumaat
Bermula 22 nov hingga 24 dis 2010
Pendaftaran di buka sekarang
Hubungi: Pusat Pengajian Al Quran & As Sunnah
Masjid Daerah Teluk Intan
Tel: 056231821 / 0125198221

2- Motivasi "kem di bawah naungan al quran"
Bermula 21 nov hingga 4 dis 2010
Asrama disediakan oleh penganjur.
Pendaftaran di buka sekarang.Tempat Terhad.
Hubungi:Maahad Tahfiz Al Furqan
0194716536-Us Hj Fauzi / 0122633808-Us Hj Zainal

Ahad, 30 Mei 2010

PAKEJ UMRAH PUNSU 2010

PAKEJ UMRAH PUNSU :
Bulan Julai,Ogos dan Disember.

Pakej Julai (7 julai - 20 julai 2010) harga pakej Rm 5650
-menikmati bulan-bulan istimewa dalam Islam (Rejab + Syaaban)

-perbanyakan sedekah,puasa sunat dan bersungguh dalam melakukan kebajikan di jalan Allah.
-menikmaTebalti suasana ibadah di dua tanah haram Mekah dan Madinah.
-Kepuasan menikmati makanan sunnah dari Tamar Ajwa,Ambar dan Sukari serta lain-lainnya.
Pakej Ogos (8 ogos - 21 ogos 2010)-Rm 6550
-menyambut Ramadhan di Madinah dan Mekah.

-janji amalan yang akan dilipat gandakan habuannya oleh Allah ke atas hambanya yang ikhlas dalam ibadahnya.
-hari dimana orang-orang yang beriman berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan.
Pakej Akhir Ramadhan (30 ogos - 12 sept 2010)-

Rm 7650
-sinaran cahaya ibadah yang penuh kehebatan di Mekah dan Madinah.

-sepuluh malam yang disinari dengan kebesaran Allah dan sunnah Nabi.
-ikatan iman yang kukuh dan pancaran roh yang hidup disepanjang hari dengan beriktikaf,bertarawih dan bertahajjud.
-hari-hari yang lebih baik dari ibadah selama seribu bulan.
-gamitan dari malam Lailatul Qadar.
Pakej Visa Ziarah. (15 disember - 28 disember 2010) Rm 5950
-beribadah sambil menziarahi tempat-tempat sejarah nabi.
-ke Taif kisah Rasulullah di baling batu dan makbulnya doa Rasulullah.
-merasakan suasana nyaman umrah dan ziarah dimusim sejuk di Madinah dan Mekah.

" Rasailah Kehebatan Ibadah Yang Istiqomah Dengan Penyucian Jiwa Di Mekah Dan Madinah,Semoga Memperolehi Umrah Maqbullah"

Hubungi : PUNSU TRAVEL & TOURS SDN BHD
MASJID DAERAH TELUK INTAN.
Tel: 05-6231821 / 012-5198221
Ust Hj. Wan Azli Wan Chik

Jumaat, 9 April 2010

DIPERJALANANKU



Pusat Pengajian Al Quran & As Sunnah(Punsu):
-Ditubuhkan pada Disember 1998 di Teluk Intan.Bermula dengan kelas pengajian Al Quran dan Bahasa Arab untuk golongan dewasa seramai 50 orang pelajar.Jadual harian sesi petang untuk kelas Al Quran dewasa wanita,selepas maghrib kelas Al Quran dewasa lelaki dan selepas isyak kelas dewasa Bahasa Arab.

-Pada tahun 2000 mula mengambil pelajar kanak-kanak.Diikuti dengan kelas Motivasi pelajar di Musim Cuti Persekolahan.Keadaan ini sungguh menggalakkaan dengan penyertaan pelajar seramai 50 orang.Dan, ianya berterusan sehingga disetiap cuti persekolahan pelajar meningkat ke 300 orang.

-Pada tahun 2001,Punsu telah memulakan Kursus Pra Perkahwinan dengan permit dari Jabatan Agama Islam Perak.Ianya berjalan pada setiap bulan pada minggu ke-3 sabtu dan ahad.Kursus ini adalah untuk lelaki dan wanita yang bersedia untuk berumahtangga.

-Pada tahun 2002-2003,Punsu telah membuka cawangannya di Tapah dan Tanjong Malim.Modul di Teluk Intan diguna pakai.Perkembangan ini juga mengajak Punsu untuk masuk ke taman-taman perumahan sekitar Teluk Intan antaranya Taman Melor,Taman Intan Mas,Taman Desa Bakti,Hospital Daerah dan Kg. Terengganu.Sambutan sungguh menggalakkan hinggakan Punsu mampu mengadakan sukan dan ihtifal yang mengumpul pelajar seramai 400 orang pelajar.

-Pada tahun 2004 di atas usahasama dengan Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak,Punsu telah memulakan kelas Diploma Tafaquh Fiddeen.Modul yang diambil dan dipersetujui oleh PUM sendiri.Tenaga pengajar kebanyakannya dari Ipoh.Pada tahun ini juga Punsu telah memulakan pengajian Diploma Syariah Islamiah usahasama dengan MADIWA Bagan Serai.

-Pada tahun 2005,Punsu mula membuka program-program motivasi golongan dewasa dengan syarikat-syarikat luar seperti Al Huffaz,Al Islah dan Al amin.

-Pada tahun 2006-2010,Punsu telah mengemaskinikan semua program-programnya agar ianya berjalan dengan lancar dan mendapat keredhoan Allah taala.

-Punsu merakamkan jutaan terimakasih ke atas ustaz Darwis,ustaz Mohammad Radzi Salleh,ustaz Zainal Salleh,ustaz Azmi Murad,ustaz Shahril Salleh,ustaz Abdul Fatah Awang,ustaz Nazri,ustaz Zainal Azham Wahab,ustaz Fauzi Ghazali dan ramai lagi dikalangan mereka yang membantu dalam memajukan Punsu.Semoga Allah sentiasa merahmati kalian di atas keikhlasan yang tak terhingga besarnya.
-Sekalung Fatihah untuk ustaz Mohammad Radzi Salleh yang telah kembali kerahmatullah.Semoga Allah tempatkan di dalam kalangan para solihin.Aamiiin.

Abu Ubaidah Annadwi
9 april 2010